|
|
 |
 |
Sunday, January 30, 2005
Satu lagi laman baru yang telah disiapkan oleh salah seorang ahli GWM. Laman yang dimaksudkan adalah laman Imtiaz Training and Concultancy. Templet laman ini telah direka oleh Mohd. Nori dan keseluruhan laman telah dibina oleh Noor Azam. Laman ini adalah laman sebuah syarikat yang beroprasi di Taman Pandan Jaya 1, Rengit, Batu Pahat.
Laman ini menggunakan khidmat hosting dari muarmaya .com yang diselenggara oleh dua orang ahli GWM iaitu Aizan dan Mohd. Zaki. Ternyata gabungan webmaster muar telah dapat bekerjasama untuk meningkatkan ekonomi ahlinya dengan projek-projek berkaitan dengan dunia IT.
Kepada yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang syarikat dan perkhidmatan yang disediakan oleh Imtiaz Training and Concultancy, silah klik url berikut: http://www.imtiaztc.com
Kiriman: al_quazam
Posted at 03:23 am by gwmuar
Permalink
Wednesday, January 26, 2005
Gabungan Webmaster Muar - Jalinan Dunia Siber
Berita mengenai Gabungan Webmaster Muar (GWM) keluar dalam akhbar Harian Metro, Rabu 26 Januari 2005.

kiriman:
~wakjaman:sekalimenulistetapmenulis~
Posted at 08:12 pm by gwmuar
Permalink
Thursday, January 20, 2005
Selamat Hari Raya Aidiladha 1425H

kiriman:
~wakjaman:sekalimenulistetapmenulis~
Posted at 02:09 am by gwmuar
Permalink
Monday, January 03, 2005
Adakah anda sering melayari internet? Telah banyak laman web yang anda saksikan? Namun sehingga kini anda belum mempunyai laman web Peribadi atau keluarga anda...
Adakah anda mempunyai perniagaan dan berhasrat untuk Mempromosikan perniagaan anda? Ambillah peluang mempromosikan perniagaan anda Menggunakan kemudahan IT.
Adakah anda menerajui persatuan atau kelab? Perkenalkanlah persatuan dan kelab anda kepada umum..
Adakah anda seorang guru sekolah dan bercadang menyalurkan Maklumat tentang sekolah dan aktiviti yang dijalankan untuk semua?
KAMI MEMPUNYAI CARA YANG AKAN DAPAT MEMBANTU ANDA, WALAU DIMANA ANDA BERADA! HUBUNGI KAMI...
Kami menyediakan perkhidmatan membina laman web Peribadi, Keluarga, Sekolah, Persatuan & Kelab, Perniagaan serta berbagai lagi dengan kadar harga yang anda mampu. Lihatlah Pakej harga kami:
RM 200.00 untuk satu laman penuh mengandungi maksima lima muka.**
RM 20.00 setiap muka untuk sepuluh muka kedua.
RM 10.00 Setiap muka untuk muka berikutnya.
Contoh 1: Jika anda memerlukan 7 muka untuk laman anda, Bayaran adalah
RM 200.00 +
RM 20.00 X 2 muka = RM 40.00
=RM 240.00
Contoh 2: Jika anda memerlukan 25 muka untuk laman anda, Bayaran adalah
RM 200.00 +
RM 20.00 X 10 muka = RM 200.00 +
RM 10.00 X 10 muka = RM 100.00
=RM 500.00
-Harga diatas adalah untuk laman web termasuk proses up load ke server sahaja.
-Untuk proses update RM 5.00 dikenakan untuk setiap muka dan RM 1.00 untuk setiap gambar.
-Tambahan muka adalah mengikut harga pakej.
-Harga penukaran tema atau templet adalah seperti pakej baru.
** Tidak termasuk harga templet bergrafik atau dengan free templet sahaja.
Maklumat lanjut dan contoh laman sila klik disini atau hubungi al_quazam@yahoo.com
Kiriman: al_quazam
Posted at 08:16 am by gwmuar
Permalink
Saturday, January 01, 2005

Kiriman:
~wakjaman:sekalimenulistetapmenulis~
Posted at 08:47 pm by gwmuar
Permalink
Friday, December 31, 2004
Lima Pengendali Laman Web Bergabung
- Johor – BERITA HARIAN JUMAAT 31 DISEMBER 2004
Lima pengendali laman web bergabung


Oleh Jamaludin Husin
MUAR: Lima pengendali laman web di sekitar daerah ini membentuk sebuah badan gabungan yang diberi nama Gabungan Webmaster Muar (GWM) bertujuan mengeratkan lagi hubungan sesama mereka sejak setahun lalu.
Mereka terdiri daripada pelbagai latar belakang kerjaya dan pendidikan dalam usaha meningkatkan pengetahuan dan memperluaskan lagi pengalaman dalam bidang teknologi maklumat (IT) selaras dengan hasrat kerajaan mendorong rakyat supaya celik IT.
Pemimpin gabungan itu, Noor Azam Moh Arjan, 39, dari Jalan Temenggong Ahmad, di sini, berkata idea menubuhkan GWM tercetus daripada perkenalan rakan-rakan ahli gabungan melalui internet dengan mengunjungi laman web masing-masing.
Beliau berkata, sebelum ini ahli tidak pernah bersua muka kecuali menghantar maklumat sama ada kerjaya dan latar belakang dengan mengunjungi laman web masing-masing.
"Selepas bertukar maklumat melalui internet kami merasakan hubungan bukan saja dari segi persahabatan yang semakin erat malah seolah-olah wujudnya perasaan kekeluargaan.
"Keadaan itu mendorong kami menganjurkan perjumpaan sekali gus dapat mengenali latar belakang dan peribadi sesama pengendali laman web yang menjadi ahli GWM ini," katanya, di sini, kelmarin.
Noor Azam yang bertugas sebagai penyelia dalam industri perabut di bandar ini sebelum ini pemilik laman web familiazam.com.
Beliau kini berjaya membina lebih 10 laman web individu, perniagaan dan beberapa sekolah rendah dan menengah di daerah ini dan Batu Pahat.
Seorang lagi ahli GWM, Mohd Nori Supangat, 34, dari Parit Yusuf, berkata beliau adalah pemilik laman web nuurieonline.com mula berjinak dengan internet sejak tahun 2001 dan kini berjaya merekabentuk sembilan templet laman web individu dan sekolah.
"Harapan saya dengan terbentuknya GWM ini dapat memperkembangkan lagi bidang reka cipta laman web yang bermanfaat kepada pengguna internet.
Melalui laman web juga membolehkan kami bersembang dengan rakan-rakan disamping menghantar maklumat melalui internet tanpa perlu membelanjakan lebih banyak wang, masa dan tenaga," katanya.
Noraizan Mohd Sharif, 31, dari Kampung Kenangan Tun Syed Nasir, berkata beliau adalah pemilik laman web anakmuar.com dan menyertai GWM dengan harapan dapat menyumbang kepada masyarakat untuk meningkatkan lagi pengetahuan dalam bidang siber.
"Penggunaan IT yang semakin meluas dan meningkatnya pengetahuan dalam bidang siber mendorong kami bergabung dalam sebuah badan gabungan yang boleh menjana ke arah pemikiran yang lebih pro aktif dan produktif," katanya.
Seorang juruteknik, Mohd Zaki Mujari, 36, dari Jalan Bukit Mor, Parit Jawa, berkata beliau mengenali dunia internet selepas sering berkunjung ke siber kafe dan kini berjaya membina laman web sendiri iaitu e-keluarga.com.
Hai Rozzaman Jalal, 36, dari Bukit Gambir, berkata. melalui GWM ahlinya juga boleh menyebarkan peluang kerjaya kepada rakan-rakan dan sahabat handai dalam usaha meningkatkan lagi ekonomi sama ada dalam bidang perniagaan dan perusahaan.
Beliau yang dikenali oleh rakan siber dengan panggilan Wak Jaman kini pemilik laman web Belajar Jowo Kambek Wak Jaman dan wakjaman.com
Katanya, mereka yang berminat menyertai GWM termasuk yang tinggal di luar kawasan boleh mengunjungi laman web ahli gabungan atau melalui e-mel: gwmuar@yahoo.com.
Kiriman:
~wakjaman:sekalimenulistetapmenulis~
Posted at 05:24 pm by gwmuar
Permalink
Monday, December 27, 2004
 
Ini pula cadangan logo GWM yang saya reka. Setiap ahli GWM berhak melahirkan idea dan kreativiti masing-masing. Logo ini sebagai cadangan dan untuk nilaian ahli GWM. Bukan untuk memberikan saingan kepada logo yang telah direka sebelum ini tetapi sekadar untuk menampilkan idea dan memaparkan kreativiti para ahli dalam blog ini. Semua ahli boleh memaparkan kreativiti mereka dalam rekabentuk grafik di sini. Jadikan blog ini sebagai wadah untuk melahirkan kreativiti.
Kiriman:
~wakjaman:sekalimenulistetapmenulis~
Posted at 01:00 am by gwmuar
Permalink
Saturday, December 25, 2004

Kepada semua ahli Saya telah mencipta satu logo untuk GWM. Saya mencadangkan logo ini dimuatkan dalam laman web setiap ahli sebagai satu pengenalan akan keahlian webmaster dalam gabungan. Itu pun jika ada persetujuan dari majoriti ahli dalam GWM. Diharap semua ahli dapat memberi komen sama ada setuju atau tidak setuju mengenainya. sila berikan komen tentang logo baru ini juga. Manalah tahu ianya hanya menarik di mata saya tetapi tidak di mata rakan-rakan lain.
Kiriman : nuurieonline
Posted at 10:42 pm by gwmuar
Permalink
Friday, December 24, 2004
gwmuar weblog: wadah untuk ahli GWM
Selamat datang para pengunjung weblog ini. Semoga weblog ini menjadi wadah kepada ahli Gabungan Webmaster Muar (GWM) meluahkan rasa hati, pandangan, panduan dan pelbagai maklumat untuk digunapakai bersama, sama ada oleh ahli sendiri mahupun para pengunjung weblog ini.
Tahniah kepada semua ahli GWM kerana telah ada satu semangat untuk menggerakkan GWM ini walaupun secara berdikit-dikit. Sememangnya GWM adalah sebuah perkumpulan yang ditubuhkan secara tidak rasmi melalui pertemuan dan perjumpaan muhibah dan dalam suasana hari raya pada tanggal 7 Disember 2003. Pertemuan pertama di rumah anakmuar.com ini telah mencetuskan semangat dan kesinambungan yang berterusan dalam menjalinkan silaturrahim di antara ahli-ahli GWM malah keluarga mereka juga.
Kini usia GWM telah menjangkau setahun pada 7 Disember 2004 yang lalu. Walaupun dalam usia setahun jagung ini namun aktiviti kunjung mengunjung sempena hari raya lalu telah mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan para ahli GWM. Dalam setiap perjumpaan itu, semua ahli keluarga GWM akan turut bersama-sama memeriahkan pertemuan.
Semalam, wakjaman telah menghantarkan bahan untuk artikel mengenai GWM kepada sahabat wakjaman, Jamaludin Husin, pemberita sambilan Harian Metro Muar. Wakjaman berterima kasih kepada semua ahli GWM yang telah memberikan kerjasama menjawab soalan yang telah diajukan. Semoga artikel tersebut dapat disiarkan dan seterusnya menjadi titik permulaan GWM melangkah ke arah yang lebih jauh lagi bersama-sama membangunkan dunia ICT ini.
GWM berharap lebih ramai lagi webmaster yang ada di daerah Muar ini muncul dan turut menyertai GWM bagi memartabatkan dunia ICT di daerah Muar ini. Melalui internet kita juga boleh menyumbangkan idea yang dapat menyokong dan membangunkan kemajuan daerah kita ini. Misalnya, sebuah laman web yang dibina oleh seorang webmaster Muar yang memfokuskan kepada tempat-tempat bersejarah di daerah Muar, secara tidak langsung ia akan dilayari oleh mereka yang berada di luar daerah ini malah pelancong-pelancong dari luar negara juga dapat mengetahui keadaan sebenar tempat bersejarah dan destinasi pelancongan yang ada di daerah Muar.
Sehubungan itu juga, sebuah laman web yang dibina oleh salah seorang ahli GWM yang berkaitan dengan kesenian masyarakat Jawa yang masih ada di daerah Muar ini telah menjadi rujukan para pelajar dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) untuk membuat kajian dan kertas kerja mereka berkaitan dengan kesenian. Malah stesen televisyen, TVI dan Channel 9 juga telah membuat penggambaran mengenai kesenian tersebut setelah mendapat maklumat melalui laman web tersebut.
Harapan kita agar GWM terus menjadi wadah kepada ahli-ahlinya mengeratkan silaturrahim di samping menjadi pusat rujukan sesama ahli dalam bidang ICT ini.
Kiriman:
~wakjaman:sekalimenulistetapmenulis~
Posted at 01:18 am by gwmuar
Permalink
Thursday, December 23, 2004

Kiriman: al_quazam
Posted at 09:35 pm by gwmuar
Permalink
|
 |
 |
 |
 |
 |
 |
|
|