
Untuk pengetahuan semua rakan GWM dan pengunjung weblog GWM, Majalah Syu'latul Kifah versi 2004 telahpun dilancarkan pada minggu lalu. Ianya sebenarnya dalam bentuk e-majalah yang akan diburn dalam CD untuk dimiliki oleh semua pelajar Sekolah Menengah Agama Parit Raja, Batu Pahat.
Selain itu ia juga di upload ke server untuk versi Online. Rekabentuk e-majalah ini adalah rekaan Nuurie dan kerja-kerja menyiapkan dilakukan bersama Noor Azam. Projek ini adalah Milik Raza Computer dan ahli GWM yang terlibat hanyalah sebagai webmaster sahaja. Keseluruhan bahan-bahan telah disediakan oleh Sidang Pengarang Majalah Syu'latul Kifah dalam format doc
Versi 2004 ini adalah projek tahun ke-2 setelah kejayaan projek pertama untuk versi 2003 dan ianya akan dijadikan sebagai majalah tahunan. Ini bermakna setiap tahun Majalah ini akan di tukar versi.
Sudi-sudikanlah melayari e-majalah Syu'latul Kifah SMAPR Batu Pahat.
Kiriman: al_quazam