Tuesday, July 08, 2008
Salam buat para pengunjung yang terus setia berkunjung walaupun blog GWMuar ini sepi tanpa sebarang entry sejak sekian lama. Ini adalah kerana ahli-ahli GWMuar sibuk dengan urusan dan aktiviti masing-masing.
Kali ini kami nak promosikan satu lagi laman web yang dibina oleh ahli GWMuar. Laman ini sebenarnya telah dilancarkan pada januari 2007, akan tetapi masih belum di promosikan dalam blog GWMuar ini.
Laman yang di maksudkan adalah laman
Sekolah Kebangsaan Bandar Maharani. Laman ini menggunakan server Sempoi Hosting dengan pakej #02 - RM43.00 setahun
Dalam pada itu ingin juga dikhabarkan bahawa laman
Famili Azam Dot Com telah selamat diubah kepada theme yang baru mulai 24 hb Jun yang lalu. Dipersilakan untuk berkunjung ke laman-laman tersebut.
Kiriman: al_quazam
Posted at 08:17 pm by al_quazam
Permalink
Sunday, August 06, 2006
Majalah Syu'latul Kifah Edisi 2005

Untuk tahun ke tiga berturut-turut ahli kami dapat projek membina laman web berupa majalah online ini. Selain ianya dapat diaksess melalui url http://www.smaprbp.com Majalah ini juga akan di cetak kedalam CD dan dijual kepada murid-murid Sekolah Menengah Agama Parit Raja. Laman ini dibina oleh al_quazam dan rekabentuk oleh nuurie.
Kiriman: al_quazam
Posted at 05:49 am by gwmuar
Permalink
Tuesday, September 20, 2005
Laman Web Terbaru Dibina Anakmuar
Laman Web Terbaru Dibina Anakmuar

Posted at 07:38 pm by
aizan
Permalink
Saturday, July 23, 2005
Satu lagi portal telah disiapkan, kali ini portal Imtiaz Training & Concultancy yang beroprasi di Rengit, Batu Pahat Johor. Portal ini menggunakan khidmat hosting dari Muarmaya dan telah di bina oleh Al Quazam. Ianya juga adalah up gred dari laman sebelumnya yang dibina dengan menggunakan FrontPages.

Imtiaz Training & Concultancy adalah sebuah syarikat perniagaan bumiputera yang memberi perkhidmatan kaunseling dan motivasi. Mereka juga menyediakan kelas tuisyen untuk pelajar pelajar sekolah dan kelas komputer. Kepada pengunjung weblog GWMuar, silakan klik pada banner di atas untuk melawat portal baru ini.
Kiriman: al_quazam
Posted at 07:15 pm by gwmuar
Permalink
Wednesday, July 13, 2005
Salam Sejahtera buat rakan-rakan GWM dan pengunjung weblog ini, Maaflah kerana dah lama tak ada entry baru, maklum sajalah masing-masing sibuk dengan tugas seharian dan pelbagau urusan.
Ni kira nak buat promosi jugaklah, Kepada sesiapa yang punya kelapangan silalah layari ke dua laman php yang sedang saya bina. iaitu Laman PHP Nuke Famili Azam Dot Com dan Laman J.K.D Perdagangan Daerah Batu Pahat.
Sudi-sudikanlah memberi pandangan dan cadangan. Saya pun sebenarnya masih merangkak-rangkak dalam hal PHP Nuke ni, cuma nasib saya agak baik kerana adik saya Teams yang bekerja di Raza Computer banyak membantu dan memberi tunjuk ajar setelah beliau berjaya membina Portal Lelangau Cyber, Portal Pemuda UMNO Batu Pahat dan Portal SMK Kota Masai.
Kiriman: al_quazam
Posted at 12:17 pm by al_quazam
Permalink
Sunday, May 29, 2005

Untuk pengetahuan semua rakan GWM dan pengunjung weblog GWM, Majalah Syu'latul Kifah versi 2004 telahpun dilancarkan pada minggu lalu. Ianya sebenarnya dalam bentuk e-majalah yang akan diburn dalam CD untuk dimiliki oleh semua pelajar Sekolah Menengah Agama Parit Raja, Batu Pahat.
Selain itu ia juga di upload ke server untuk versi Online. Rekabentuk e-majalah ini adalah rekaan Nuurie dan kerja-kerja menyiapkan dilakukan bersama Noor Azam. Projek ini adalah Milik Raza Computer dan ahli GWM yang terlibat hanyalah sebagai webmaster sahaja. Keseluruhan bahan-bahan telah disediakan oleh Sidang Pengarang Majalah Syu'latul Kifah dalam format doc
Versi 2004 ini adalah projek tahun ke-2 setelah kejayaan projek pertama untuk versi 2003 dan ianya akan dijadikan sebagai majalah tahunan. Ini bermakna setiap tahun Majalah ini akan di tukar versi.
Sudi-sudikanlah melayari e-majalah Syu'latul Kifah SMAPR Batu Pahat.
Kiriman: al_quazam
Posted at 02:37 am by gwmuar
Permalink
Tuesday, April 12, 2005
Gangguan Sementara anakmuar.com
Posted at 05:12 pm by gwmuar
Permalink
Sunday, March 06, 2005
Laman terkini projek ahli GWM

Satu lagi laman terkini yang dihasilkan oleh ahli GWM ialah Data Saham Dot Com.Laman ini mengambil masa agak lama untuk disiapkan kerana membabitkan tiga orang ahli GWM iaitu Nuurie sebagai web designer, Mohd. Zaki diberi tugas untuk convert file html ke php serta mencipta database. Al_quazam yang membina laman web ini dalam format html dan sentiasa berurusan dengan Sham Ramly sebagai pelanggan dan pemilik Data Saham Dot Com.
Laman ini adalah laman berkaitan dengan Bursa Saham Kuala Lumpur yang memberi perkhidmatan perundingan pelaburan saham untuk membuat pilihan bijak untuk memilih kaunter berpotensi meningkat di pasaran.Peserta akan dibekalkan minima 10 datasaham mingguan untuk dijadikan petunjuk/asas pembelian saham supaya peserta sentiasa "Beli harga rendah dan jual harga tinggi". Ini dapat mengurangkan risiko kerugian, terperangkap di pasaran dan beralih kepada membina portfolio pelaburan menguntungkan di pasaran saham.
Kiriman: al_quazam
Posted at 10:33 pm by gwmuar
Permalink
Thursday, March 03, 2005
Perkhidmatan Hosting Di Muar

Perkhidmatan hosting MUARMAYA DOT COM yang diselenggarakan oleh webmaster Anakmuar Dot Com dan e-Keluarga Dot Com telah didaftarkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada 8 April 2004 di atas nama MUARHOST DOT COM (No. Syarikat: MA0077956-T)
Posted at 09:34 pm by gwmuar
Permalink
Thursday, February 10, 2005
Gabungan Webmaster Muar (GWM) mengucapkan Salam Maal Hijrah 1426 kepada semua pengunjung weblog ini.

Kiriman:
~wakjaman:sekalimenulistetapmenulis~
Posted at 12:21 pm by gwmuar
Permalink